Friday, April 1, 2011

Historical Day for Forest Conservation in Selangor


This is NOT an April Fools Joke!!


Yesterday, 31 March 2011 was a historical day for forest conservation in Selangor & Malaysia.  The Selangor State Assembly, lead by YB Elizabeth Wong, amended the State Forestry Act to increase protection to all Forest Reserve in the state.

The amendment requires that before any degazetment of a Forest Reserve in Selangor, there MUST first be  a public inquiry.  


This is an important victory for the environment, especially in the International Year of the Forest 2011.  However, it does not mean that we, as concerned communities and individuals, can relax.  We must keep up our support for policies that protect the environment, and ensure the policies are fully implemented on-the-ground.  And we must show our disappointment for policies and activities that harm our environment. 




Forests like Taman Negeri Selangor provide us with so many services that build our economy and our quality of life, and they provide it for FREE.  It is up to us to ensure these forests remain intact.

Below is the press statement issued by YB Elizabeth's office.  Read it and smile!  :-)
31 MAC 2011

SIARAN MEDIA

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENCIPTA SEJARAH DENGAN PINDAAN SEKSYEN 11 ENAKMEN (PEMAKAIAN) AKTA PERHUTANAN NEGARA 1985

SHAH ALAM, 31 MAC 2011--Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini meminda seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dalam Dewan Negeri Selangor.

Pindaan yang bersejarah ini diluluskan di dalam Dewan Negeri Selangor dan mewajibkan siasatan awam dibuat sebelum mana-mana kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK)  diwartakan keluar. Ini bertujuan untuk memastikan ketelusan dalam usaha penjagaan kawasan hutan di negeri Selangor, yang merupakan negeri yang pertama di Malaysia untuk membuat pindaan yang progresif ini.

Rang undang-undang pindaan tersebut dibentang oleh YB Elizabeth Wong selaku EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar dan diluluskan oleh ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"Peranan kawasan Hutan Simpanan Kekal dalam memberi perkhidmatan tak ternilai atau  intangible bagi menjamin kestabilan alam sekitar dari aspek sumber bekalan air bersih, kualiti udara  bersih, kawalan banjir dan hakisan tanah, pemeliharaan biodiversiti, penyah karbon dioksida yang paling berkesan di samping membekalkan kayu-kayan, tumbuhan
perubatan, herba, rotan, sumber protein dan sebagainya semakin penting di era globalisasi kini," kata Wong dalam ucapan beliau.

Mengikut beliau, Kerajaan Negeri Selangor ingin mewajibkan penyiasatan awam sebelum Hutan Simpan Kekal diwartakan keluar untuk membolehkan rakyat, khususnya penduduk Selangor, untuk memberi ulasan serta cadangan bagi melindungi kawasan hutan simpan kekal yang sentiasa menghadapi tekanan pembangunan terutamanya di kawasan-kawasan maju yang menjadi tumpuan ekonomi.

"Dari 2000-2007 beribu-ribu hektar kawasan HSK telah diwarta keluar tanpa pengetahuan orang awam," kata Wong. "Misalnya, beberapa tahun yang lalu, Hutan Simpan Kota Damansara diberimilik untuk dijadikan kawasan perumahan mewah. Hanya bila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, pemberimilikan itu dibatalkan."

Sesi pendengaran awam akan diiklankan atas papan tanda dan juga suratkhabar dengan awal untuk memastikan penduduk dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi pandangan mereka.

Pindaan Seksyen 11 yang dibuat adalah seperti berikut:

Pihak Berkuasa Negeri, jika berpuas hati bahawa mana-mana kawasan tanah dalam hutan simpanan kekal:
(a)    tidak lagi diperlukan bagi maksud yang mana ia dikelaskan di bawah seksyen 10; dan
(b)    diperlukan bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada kegunaan yang sedang dilakukan sekarang, boleh mengeluarkan kawasan tanah itu daripada hutan simpanan kekal dengan syarat tanah tersebut hanya boleh dikeluarkan setelah diadakan penyiasatan awam sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri."

Di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Malaysia, perhutanan adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, setiap negeri berkuasa untuk menggubal undang-undang di sektor perhutanan dan mengadakan dasar perhutanan sendiri.

Wong juga mengucapkan terima kasih pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) atas usaha mereka dalam menjayakan pindaan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Brian Yap (pegawaikhas@gmail.com)

--

No comments:

Post a Comment